Sekolah menengah di barat Pendidikan_menengah

Di Amerika Syarikat, bergantung kepada daerah sekolah, pelajar-pelajar sekolah rendah atau elementary school boleh melanjutkan pelajaran sama ada ke middle school atau junior high school. Middle school adalah setaraf dengan pendidikan menengah rendah iaitu tingkatan 1 hingga tiga. Manakala Junior high school terdiri daripada pelajar-pelajar gred 7-9 atau tingkatan empat hingga enam. Selepas itu, pelajar-pelajar pergi ke high school iaitu gred 9-12 atau bersamaan dengan kursus matrikulasi di Malaysia.

Berbanding dengan Malaysia, negara ini tiada peperiksaan penilaian kebangsaan seperti SPM. Namun, untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, pelajar perlu lulus dalam semua mata pelajaran wajib dan mendapat GPA (Purata Nilai Gred Kumulatif) yang baik bagi setiap penggal di high school. Bagi sesetengah universiti pula, mereka menghendaki pelajarnya lulus ujian SAT atau Scholastic Aptitude Test.

Kebanyakan negara di Amerika Latin seperti Argentina dan Mexico mempunyai sekolah menengah seperti di Amerika Syarikat. Namun, pendidikan menengah yang wajib hanya ke tahap gred 9 atau pendidikan menengah rendah. Akibat tekanan ekonomi yang teruk ramai pelajar akan menamatkan pelajaran mereka di peringkat ini dan terus ke alam pekerjaan.